Tuesday, 26 November 2013

Seksi Ovari


"KAU BOLEH MENYANDAR PADA SERIBU BAHU KALAU KAU MAHU
TAPI KAU MEMILIH UNTUK YANG SATU ITU
YANG PALING DUNGU
YANG BUAT KAU BERSANDAR
SAMBIL AIRMATA KAU JATUH BERTALU DAN HATI KAU PECAH BERIBU"



I'm addicted to the book SEKSI OVARI  by FAZLEENA HISHAMUDDIN. Hope to get my own copy soon. Tak sabarnya. Book of words and poets of real life. Ayat ringkas, susunan mudah faham, puisi-puisi yang seperti meluahkan fikiran orang yang membacanya.



Thursday, 21 November 2013

3:173


Facebook
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "hasbunallahu wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)"



 "Hasbunallahu wani'mal wakil"
Doa yang boleh kita amalkan bila berdepan dengan musuh, masalah, ataupun perasaan hati yang gelisah dan tak menentu. Maksudnya, cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sesungguhnya, dalam hati setiap manusia, hanya Allah yang tahu. Tak semua orang mampu untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan. Hanya kuasa Allah yang mampu membuatkan keadaan berubah. Yang mampu kita lakukan hanyalah berserah dengan penuh pengharapan kepada Allah. Amalkan doa ini di setiap langkah dan setiap apa yang kita hendak lakukan, dengan hati yang berserah kepada kuasa Allah, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. 

           Doa ini yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda dicampak ke dalam api. Ketika itu langit menawarkan kepada baginda untuk memadamkan api tersebut dengan hujan namun baginda menolak. Angin turut menawarkan untuk memadamkan api tersebut dengan tiupannya. Baginda turut menolak tawaran tersebut. Baginda hanya berserah dengan kuasa Allah dan membaca "hasbunallahu wani'mal wakil". Apabila dilempar ke dalam api, dengan kuasa Allah, api itu menjadi sejuk dan menyamankan untuk baginda. 


Saturday, 16 November 2013

#16112013

Dulu, saya tak suka awak. Dulu, saya tak layan awak. Hari ni awak text saya, 2 3 minggu lagi baru saya balas. Masa tu tak kesian langsung kat awak. Kata awak lah. Walaupun saya buat macam tu, awak tak pernah berhenti. Kadang-kadang saya pun terfikir, "dia ni tak faham ke aku malas layan." hehehe. Tapi, disebabkan awak tak pernah berhenti la yang buat saya jadi tertarik. Ada sesuatu pada awak. Awak seorang yang tak mudah mengalah. Saya tak layan pun awak masih cari saya. Awak stalk saya, awak ambil tahu semua tentang saya. Kelakar kan. Tak pasal-pasal dia kata kita poyo la, berlagak la. Suka hati je mengata orang. Hahaha. :p

          Entah macam mana, tiba-tiba boleh saya jadi baik dengan awak, reply text awak, kawan dengan awak. Tiba-tiba je kita jadi kawan. Pelik kan, tapi itulah kuasa Dia. Bila Dia nak balikkan hati kita, semudah itu sahaja. Tak jadi masalah langsung pada Dia. Patut la orang kata, jangan benci-benci, lama-lama jadi suka. So, that's it. Terkena pada batang hidung sendiri. ;)