Monday, 23 December 2013

#23122013

Some things happened beyond logic, some beyond our mind. But everything is in His plan. Allah had create a perfect story line for us.

Ada benda yang kita sendiri tak pernah jangka akan berlaku. Puas kita cuba untuk mengelak, tapi balik-balik benda tu jugak yang datang balik kat kita. Allah datangkan segala benda kat kita sebab Dia ingat kita, Dia nak kita pun ingat padaNya. Dia nak kita meminta merayu pada Dia. Sebab apa? Sebab kita ini hamba Allah S.W.T.

Bila pilihan ada depan mata, kita jadi keliru. Yang penting, minta petunjuk daripada Allah dalam setiap keputusan yang kita nak buat. Fikir guna akal bukan fikir guna emosi. Jangan rasa apa yang orang lain buat tu semuanya salah dan semua yang kita buat tu betul. Tak perlu nak tuduh-tuduh orang tak tentu pasal, nak maki-maki orang. Control your emotional and be matured. Dalam hidup, kena selalu tolak ansur dan berfikir sebelum berkata sesuatu. It's better to keep quiet than saying something that will make people lose their respect towards us.

Tuesday, 26 November 2013

Seksi Ovari


"KAU BOLEH MENYANDAR PADA SERIBU BAHU KALAU KAU MAHU
TAPI KAU MEMILIH UNTUK YANG SATU ITU
YANG PALING DUNGU
YANG BUAT KAU BERSANDAR
SAMBIL AIRMATA KAU JATUH BERTALU DAN HATI KAU PECAH BERIBU"



I'm addicted to the book SEKSI OVARI  by FAZLEENA HISHAMUDDIN. Hope to get my own copy soon. Tak sabarnya. Book of words and poets of real life. Ayat ringkas, susunan mudah faham, puisi-puisi yang seperti meluahkan fikiran orang yang membacanya.



Thursday, 21 November 2013

3:173


Facebook
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "hasbunallahu wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)"



 "Hasbunallahu wani'mal wakil"
Doa yang boleh kita amalkan bila berdepan dengan musuh, masalah, ataupun perasaan hati yang gelisah dan tak menentu. Maksudnya, cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sesungguhnya, dalam hati setiap manusia, hanya Allah yang tahu. Tak semua orang mampu untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan. Hanya kuasa Allah yang mampu membuatkan keadaan berubah. Yang mampu kita lakukan hanyalah berserah dengan penuh pengharapan kepada Allah. Amalkan doa ini di setiap langkah dan setiap apa yang kita hendak lakukan, dengan hati yang berserah kepada kuasa Allah, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. 

           Doa ini yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda dicampak ke dalam api. Ketika itu langit menawarkan kepada baginda untuk memadamkan api tersebut dengan hujan namun baginda menolak. Angin turut menawarkan untuk memadamkan api tersebut dengan tiupannya. Baginda turut menolak tawaran tersebut. Baginda hanya berserah dengan kuasa Allah dan membaca "hasbunallahu wani'mal wakil". Apabila dilempar ke dalam api, dengan kuasa Allah, api itu menjadi sejuk dan menyamankan untuk baginda. 


Saturday, 16 November 2013

#16112013

Dulu, saya tak suka awak. Dulu, saya tak layan awak. Hari ni awak text saya, 2 3 minggu lagi baru saya balas. Masa tu tak kesian langsung kat awak. Kata awak lah. Walaupun saya buat macam tu, awak tak pernah berhenti. Kadang-kadang saya pun terfikir, "dia ni tak faham ke aku malas layan." hehehe. Tapi, disebabkan awak tak pernah berhenti la yang buat saya jadi tertarik. Ada sesuatu pada awak. Awak seorang yang tak mudah mengalah. Saya tak layan pun awak masih cari saya. Awak stalk saya, awak ambil tahu semua tentang saya. Kelakar kan. Tak pasal-pasal dia kata kita poyo la, berlagak la. Suka hati je mengata orang. Hahaha. :p

          Entah macam mana, tiba-tiba boleh saya jadi baik dengan awak, reply text awak, kawan dengan awak. Tiba-tiba je kita jadi kawan. Pelik kan, tapi itulah kuasa Dia. Bila Dia nak balikkan hati kita, semudah itu sahaja. Tak jadi masalah langsung pada Dia. Patut la orang kata, jangan benci-benci, lama-lama jadi suka. So, that's it. Terkena pada batang hidung sendiri. ;)



Sunday, 27 October 2013

#27102013

As time goes by, some things stay as what it used to be. Some things do change. If people change for goodness, it should be a great thing. It is the real meaning of life. From bad to good, good to better. :)

             When Allah wants us to be good, He may send to us someone that will bring us back to the right path. It doesn't mean that we change because of that person . We change because of Allah but that person is like someone that Allah give us as a guide to get us back to the fitrah. That someone may be the one that we know unintentionally or the one that we love or anyone. It can even be someone that we never know or someone that we just know by sight, by a blink of an eye. When Allah wants something to happen to us, He doesn't need a reason to do that thing. He just say 'i want it to happen' then it will happen. Everything happen is fated by Allah. Even something that seems ridiculous or insane, all of that will not happen if Allah said no. Sometimes we cried over things that already happened in the past but we never realised that the past makes someone a 'somebody' in the future.


Sunday, 13 October 2013

THINGS OVERLOOKED

May everything that we go through filled with happiness. :)

              In our everyday life, ada benda yang kita selalu anggap remeh padahal benda tu is a rule of life. Appreciate people. Kalau kita rasa tak mampu nak hargai orang yang ada dalam hidup kita, cukuplah sekadar tidak menyakitkan hati dia. As the saying goes, ' If you are not able to make someone laugh, it is enough by not to make them cry. ' Kadang-kadang, benda kecil je pun yang kita tak perasan. Contohnya, orang yang kita memang tahu selalu banyak tolong kita, tak pernah sekali pun dia berkira. Bila dia dah tolong tu, kalau tak nak cakap terima kasih takpe lah tapi tak perlulah nak marah orang tu atas kesilapan yang bukan salah dia pun.

            One more thing, kalau nak bergurau kenalah bertempat bro. Tak kiralah kau siapa pun, kalau kat tempat lain lu nak gurau kasar-kasar, gua boleh terima lagi tapi kalau depan makanan, dah melampau sangatlah tu. Mungkin lu tak pernah belajar adab depan rezeki kot. Kalau rasa makanan tu tak sedap, tak payah nak complaint depan-depan rezeki tu. Tak bersyukur namanya. Dahlah macam tu, depan-depan makanan tu jugak sedap-sedap lu nak sound orang bodoh. Bila orang sentap, bukan maksudnya orang tak boleh bergurau. Itu sebab aku nak kau belajar hormatkan makanan tu. Dahlah ego overloaded, tak boleh ditegur, asyik nak melawan je. Semuanya kau sorang je yang betul, orang lain semuanya salah. Bodoh sombong orang kata.

             Lesson of the day, belajar hargai orang yang ada di sekeliling kita dan belajar hormatkan rezeki yang Allah kurniakan kat kita, jangan sampai Allah tarik segalanya daripada kita. Orang yang kita perlu dan rezeki yang kita ada. That's it. Apa-apa pun, air terjun is the best. Saya memang suka sangat mandi air terjun, air sungai, air laut, semua jenis air lah. release tension. :D


Saturday, 12 October 2013

#12102013

Pernah tak jadi pada kita, keadaan yang kita memang tahu kita tengah kehabisan duit tapi tak terasa pun macam tu. Ada jer duit terselit-selit ke, orang bagi duit ke, tak pun, ade je duit yang masih boleh digunakan. Semua tu rezeki dari Allah SWT. Itu menunjukkan yang rezeki tu ada di mana-mana walaupun kita rasa macam memang dah habis duit semua.

               Kadang-kadang kita tak ingat yang kita ada bersedekah ke, bagi makan orang susah ke, sebenarnya benda itu la yang selalu banyak tolong kita waktu keputusan duit. Macam mana? Sedekah itu adalah salah satu cara yang boleh menambah rezeki kita. Kalau kita rasa yang sedekah tu mengurangkan duit yang kita ada, itu dari pandangan mata kasar kita tapi sedekah itu salah satu cara untuk menyucikan duit-duit kita yang kadang-kadang tercampur yang bukan-bukan.

              Moral of the story, rajin-rajinlah bersedekah, tak luak pun rezeki kita. Rezeki Allah tu kan ada kat mana-mana. Segala-gala yang ada di antara langit dan bumi ni adalah rezeki Allah. Kadang-kadang rezeki diorang Allah bagi melalui kita dan rezeki kita melalui orang lain. ;)

Thursday, 10 October 2013

#10102013

We are human. None of us are created perfectly. So, nobody can run from the imperfectness.

Setiap daripada kita ada kekurangan sendiri. And it is impossible untuk kita buat semua orang berpuas hati dengan kita. The only way is by being yourself. Don't need to be hypocrite. Don't have to pretend to be in other way so that people will love you because they will only love the 'plastic' you but be yourself so that people who love you will love you in the way you are. Ignore what haters say about you. Don't ever give a damn to them because they are just so jealous seeing you on top of them and that is why they will try to put you down. Never get scared of looked weird by being yourself because you are unique just like that.


Wednesday, 9 October 2013

BULLETPROOF





" Bulletproof,
nothing to lose
fire away fire away
ricochet,
you take your aim
fire away fire away

Shoot me down,
but I won't fall
I am titanium
Shoot me down
but I won't fall
I am titanium. "


             No matter what we do, haters are gonna hate. They would love to see us falling down and giving up. This kind of people are everywhere in this world. They are all around us. It may be the one you trust, the one you love or the one you hate. It can be anyone. They may do anything just to see us failing. To beat this people is by proving them that we are not going to fall under their dirty bad intention. Be as bold as "TITANIUM" that will never lose because we'll never give up on what people do to us. Because we are bulletproof. 




Thursday, 3 October 2013

KIND OF FRIENDS

"If friendship is your WEAKEST point

then you are the STRONGEST person in the world." - Abraham Lincoln



           Kawan dan sahabat. Ada bezanya. Kawan datang dan pergi bila-bila masa sahaja. Kat mana-mana pun boleh dicari kawan ni. Tapi sahabat, itu yang akan selalu bersama dengan kita di saat kita susah dan senang, sedih dan gembira, menangis dan ketawa. Itulah erti sebuah persahabatan. Hati yang ikhlas menyayangi sahabatnya kerana Allah SWT. Kekurangan dan kelebihan diterima seadanya untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

            As for me, aku memang seorang yang selalu sayangkan persahabatan. Pada aku, kawan dan sahabat adalah penting dalam hidup aku. Bukan sebab aku tak boleh hidup sorang tapi sebab aku menghargai sebuah hubungan persahabatan. Biarlah orang nak kata aku baik sangat dengan kawan ke apa ke, aku tak kisah. Yang penting, aku tak nak tengok kawan-kawan aku susah. Dan ini memang kelemahan aku. I admit it. Mungkin sebab tu orang ambil kesempatan kat aku. Bila perlu dicari, bila senang ditinggal. Mungkin aku sorang yang menghargai erti persahabatan yang kalau boleh aku nak segalanya perfect untuk dia tapi hakikatnya, nobody cares.

            Aku berkawan dengan sesiapa pun atas dasar sahabat. Bukan sebab kau berduit ke, sebab kau pandai ke atau sebab apa-apa la. Kalau aku rasa aku selesa dengan orang tu, aku kawan je dengan dia. Cuma kalau kadang-kadang ada yang tak kena tu normal lah. Mana ada manusia yang sempurna. Aku tak pernah berkira. Kalau dia susah, aku tolong. Kalau dia sakit, aku jaga. Kalau dia perlu, selagi aku mampu, insyaAllah aku akan selalu ada.

           Aku sayang kau tak sama macam aku sayang orang lain. Tak sama macam aku sayang kawan-kawan aku yang lain malah aku sayang kau lebih lagi daripada diorang diorang tuh. Apa yang aku buat untuk kau, tak pernah aku buat untuk mana-mana kawan aku. Aku bukan nak mengungkit tapi aku tak tahu kat mana kurangnya lagi sampai kau boleh jadi macam ni dengan aku. Kalau kau takde duit tinggal sehelai sepinggang pun, aku sanggup bagi apa yang aku mampu untuk tolong kau. Tapi bila kau kata macam tu, hati aku sakit sangat-sangat. Selama ni, kau buat tak layan aku, aku tahan, aku simpan. Aku fikir, biar lah, kau tengah happy kot, takkan aku nak kacau. Aku jadi macam tunggul kat situ, kau tak kisah pun. Sampai kita sama-sama ada kawan baru, aku tetap utamakan kau. Aku nak pergi mana-mana, aku ajak kau, kau tak nak ikut. Okay, aku tak kisah. In the end, kau kata aku yang happy kawan dengan orang lain. Mungkin aku tak layak nak jadi seorang sahabat untuk kau kot. Mungkin aku masih ada banyak kekurangan lagi kot.

           Takpe lah, aku harap, apa-apa pun yang kau buat, kat mana pun kau pergi, kau akan happy. Semoga kau akan jumpa seorang sahabat yang betul-betul layak dipanggil sahabat. Aku sayang kau sampai bila-bila. Kau tetap sahabat aku walau apa pun yang terjadi. Cuma, aku harap kau tahu yang aku tak pernah menangis seteruk ni untuk orang yang aku panggil kawan. Thanks for everything.

Wednesday, 2 October 2013

#02102013

"Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam, tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

Macam pernah dengar kan ayat nie. Kat mana ek? Itu kan ayat dalam cerita "Setia hujung nyawa" tu. ;)

           Sepotong ayat yang sangat tersirat yang mungkin semua orang boleh faham tapi tak semua orang akan memahaminya. Maksudnya? Semua orang boleh faham apa yang dia tulis, boleh baca apa yang dia tulis tapi tak semua orang boleh memahami maksud ayat tu. 

           Setiap orang dalam dunia ni ada kisah mereka yang sendiri pada masa lalu. Tidak semestinya kegagalan yang dahulu membuatkan kita gagal selama-lamanya. Contohnya, Abraham Lincoln, presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden Amerika yang paling berjaya. Masa silam dia penuh dengan kegagalan baik dari segi bisnes mahupun dalam bidang politik. Namun dia bangkit dari kegagalan dan akhirnya pada tahun 1860, dia dilantik menjadi presiden Amerika. Ramai lagi tokoh-tokoh yang hebat dan merupakan figura penting dalam sejarah dunia asalnya hanyalah seorang budak bodoh tetapi mereka mampu untuk mencipta kejayaan antaranya, Albert Einstein (saintis, ahli fizik), Bill Gates (jutawan Microsoft), Thomas Alva Edison (saintis mencipta lampu). 

           Kadang-kadang, kita ini suka membuat kesimpulan sendiri. Bila melihat seseorang atau sesuatu yang tidak kena, kita akan terus memberi persepsi yang negatif sedangkan kita tidak pernah tahu apa yang takdir telah rencanakan untuk mereka. Selagi kita masih bernafas di atas muka bumi ini, selagi itulah kita masih berpeluang untuk mengubah masa depan kita ke arah yang lebih baik. Setiap kegagalan itu bukanlah untuk dikesali tetapi untuk diteladani. Sikap berputus asa adalah kegagalan sebenar dalam kehidupan. 

            May Allah grant us the best path in going trough our life. InsyaAllah. 

 

Monday, 23 September 2013

#23092013

Terlalu banyak berfikir dan akhirnya otak jammed sendiri. Terima ketentuan dan takdir Allah. Just go on with this life. Don't need to think too much. Segalanya urusan Allah. Dengan siapa kita jumpa, dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita bercinta, siapa jodoh kita, Dia yang tentukan. Takkan Dia jadikan sesuatu dan seseorang itu untuk sia-sia.
           
             Allah knows what's in your heart and mine. Just let the haters say whatever they want. When they feel that they don't like us, they will always find our bad. Everything will looked bad to them. Nothing is good. Not a single thing. Benda yang baik pun boleh nampak tak baik. But nevermind, I'm ok with that. Haters gonna hate but I'm still who I am now and I'm never gonna change for anyone because I know that it is impossible for us to make everyone happy with everything that we do. Syaitan memang suka buat manusia saling membenci antara satu sama lain. Diorang ni memang pantang sikit tengok manusia nak berbaik-baik sebab tu dia tak pernah berhenti menghasut.

            So, just follow the flow. Berusaha untuk buat segalanya yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang yang menyayangi dan disayangi. Yang paling penting, my abah my hero my everything. The moment abah buat keputusan tu, adik happy sangat-sangat. Tq abah. Sayang abah. :)




Wednesday, 18 September 2013

LOVE : FOR SALE OR NOT FOR SALE?

Tadi masa kelas F7 (Financial Reporting Standard), masuk bab Published Account, belajar pasal accounting treatment untuk benda-benda yang pakej. Contoh, pakej beli produk kecantikan dapat 'facial' free. Dia pun cakap la, "nothing in this world is free except for the air that we breathe. Love is free or not?" Masing-masing cakap "no." Then dia tanya la, "can you buy love?" Semua dah tak tahu nak jawab apa. 

       Love, is it free or not? Kasih sayang, cinta, kebahagiaan, percuma ke semua tu? Tiada apa yang percuma dalam dunia ini. Semuanya adalah berharga. Every single thing in this world has its own price. Tak semua benda tu kita boleh beli dengan wang ringgit. Kadang-kadang duit tak menjanjikan kebahagiaan pun. Orang yang hidup sederhana tu pun boleh bahagia jugak. Malah kadang-kadang lebih bahagia daripada orang yang kaya. Kenapa macam tu? Orang yang kaya, gaya hidup mesti nak mewah. Nak jaga reputasi lah katakan. Maka itu diorang akan memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kalau tak cukup duit, mulalah hutang keliling pinggang. Loan sana, loan sini. Last-last hutang bertimbun, sampai mati tak mampu nak bayar. Kalau orang yang bersederhana pulak, dia sedar yang dia tak mampu maka tak perlu nak ikut kehendak hati sangat. Hidup bersederhana dengan apa yang termampu. Senang. Tak payah nak sakit kepala fikirkan hutang yang banyak. 

      As for love, tak perlukan wang ringgit pun untuk beli cinta dan kasih sayang. Dengan hanya berbekalkan hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah cinta dan rasa sayang itu milik kita. Unless u're a materialistic enough, of course u will say that love will always be for sale. Segalanya bergantung kepada falsafah hidup seseorang. As for me, kalau dah ditentukan Allah yang cinta itu milik kita, Dia pasti akan hadirkan perasaan itu dalam hati kita. Rezeki kita Allah yang tentukan. Wang ringgit tak layak untuk dijadikan pengukur cinta, kasih sayang dan kebahagiaan. All you need is a clean and nice heart to be happy. 

Thursday, 12 September 2013

#12092013

Happy 19th birthday my baby boo. Jaga diri baik-baik. May Allah bless you always. May our friendship lasts forever. May all your dreams came true. Hope kau happy dengan prank kitorang yang boleh tahan la jugak kannn. Sayang kau mok mok. :*


p/s : I love you

#ILI NABILAH MAMAT KHALID

Tuesday, 10 September 2013

SABA'AL MATHANI

 


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

           Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan pula jalan mereka yang sesat. "



Surah ini dinamakan surah al-Fatihah yang bermaksud  'pembukaan' kerana surah ini adalah surah pembuka dan permulaan al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Kitab (ibu kitab) dan Ummul Quran (Ibu Quran). Hal ini kerana di dalam surah ini terkandungnya seluruh isi al-Quran. Betapa istimewanya surah al-Fatihah ini, ia menunjukkan hubungan Allah dengan hamba-hambaNya hanya melalui 7 ayat yang sungguh indah. 4 ayat yang pertama adalah segala puji-pujian kepada Allah SWT manakala 3 ayat yang terakhir adalah permintaan seorang hamba yang lemah dan hina. Yang memohon petunjuk daripada Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh ujian. Surah ini turut dinamakan Saba'al Mathani iaitu 'tujuh yang berulang-ulang' kerana surah yang mengandungi 7 ayat ini diulang setiap dalam setiap waktu solat.

Banyak keistimewaan surah al-Fatihah ini. Contohnya, boleh merawat luka-luka kecil, menenangkan hati yang gelisah serta menghalang gangguan makhluk-makhluk halus. Yang paling penting, percaya dan tawakkal dengan kekuasaan Allah. Berserah pada-Nya, pasti Allah akan menolong hamba-hambaNya. :)



Monday, 9 September 2013

#09092013

It's almost 3 a.m. and I'm still awake. Kelas pukul 10 pagi. Harap-harap boleh terbangun lah hendaknya. Hehe. ;)

Dalam pada baring-baring tu, aku pun bukalah satu buku ni. Tajuknya, "Kisah Cinta Dalam Al-Qur'an" by Misbah Em Majidy. This is a quite good book and I like it very much. Dia mengisahkan tentang segala kisah cinta yang Allah kisahkan pada kita yang tertulis di dalam Al-Qur'an. Buku ini mengajar tentang hakikat sebuah cinta.

"Dikatakan pula cinta laksana aliran air deras dari arah ketinggian pada saat hujan yang lebat. Itu petanda, gemuruhnya hati dalam melunaskan kedahagaan akan kerinduan kepada Allah dan keinginan yang tiada bertepi untuk bertemu dengan-Nya."

Begitulah betapa agungnya perasaan cinta itu. Allah adalah Cinta Yang Sejati yang tidak bertepi untuk hamba-hambaNya. Dengan cinta Allah,dikurniakan rahmat dan disematkan di dalam hati hamba-hambaNya segala sifat-sifatNya semoga di dalam hati hambaNya itu penuh dengan ketakwaan kepada Allah SWT.

Saturday, 7 September 2013

#07092013

"HabluminAllah wa habluminannas"
"Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia"

Assalamualaikum,
Good evening,
Selamat petang,
Selamat hari Sabtu,
Selamat hujung minggu. ;)

In this very real life nowadays, we always  forgotten the important of keeping the relationships good. Whether the relationship between us and Allah or the relationship between all the human being.

Kadang-kadang, kita terlalu mengikut emosi dan terbawa-bawa perasaan marah sampai kita terlupa. Terlupa segala hukum yang Allah tetapkan. Kita terlupa takdir yang Allah tentukan. Kita terlalu marahkan seseorang tu sampai kita tanpa rasa bersalah memfitnah ataupun 'ter'fitnah orang tu sampai menjatuhkan maruah orang tersebut. Maka dengan itu, secara percumanya pahala kita telah diberikan kepada si mangsa. Kalau kita ada pahala, bergeraklah pahala tu pergi kat orang tu. Kalau pahala kita pun dah habis, nak bagi apa lagi kat dia? Terpaksa lah kita menanggung beban dosa org tersebut.

Think thoroughly before you say something about someone. Kalau rasa benda-benda tu macam meragukan ataupun bukan daripada sumber yang memang boleh dipercayai, tak perlulah nak buat tindakan melulu. Simpan je dalam hati sendiri. Tak perlu rasanya nak tunjuk hebat macam tahu segala-galanya. Sesungguhnya yang Maha Mengetahui segala-galanya hanyalah Allah Yang Esa. Kita sebagai hamba yang dikurniakan akal fikiran yang terbatas, berusahalah untuk mencari jalan yang Allah redha. Gunakan cara yang berhemah lagi bijaksana. Tak perlu nak terlalu pendekkan akal fikiran kita.

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia, InsyaAllah hidup akan lebih tenang dan mudah.
 

JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN

' Jika Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu. Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mengujimu. Jika Allah tidak memakbulkan doamu, bererti Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu. '

Sesungguhnya, Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Dia yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia yang tahu apa yang sedang direncanakan untuk perjalanan hidup hamba-hambaNya. Sehebat mana kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Belajar menerima takdir yang Allah tentukan. Setiap perlakuan hambaNya, baik atau buruk, segalanya adalah datang daripada Allah SWT. Akan tetapi, baik dan buruk itu adalah pilihan yang Dia beri pada kita. Namun, tak semua yang kita lihat dan nampak itu adalah betul. Tak semua yang kita buat adalah betul dan tak semua yang orang lain buat adalah salah. Kadang-kadang, apa yang kita nampak paling teruk, itulah yang paling baik. Segalanya rahsia Allah SWT. Bila kita rasa kita keseorangan, takde tempat nak meluahkan rasa hati, takde siapa yang sudi dengar dan faham, kita rasa sedih sangat tapi mungkin kita terlupa, masih ada yang akan mendengar masalah dan rintihan kita. Allah yang satu. Dia yang akan mendengar segala-galanya. Jangan sesekali kita berburuk sangka pada Dia kerana sesungguhnya perancangan Dia adalah jauh lebih baik. ;)  

Monday, 2 September 2013

BECAUSE THIS IS LIFE


#dayout
#bf
#bff
#gf
#roommate
#soulmate
#gedikmate
#makanmate

Love you babe. And thanks for this video. We'll do this again for sure. :)

Saturday, 31 August 2013

#29082013

It doesn't matter where I go, what I do, what get through me or what I am going through, you'll always be with me, by my side, be my strength, gives me hope, makes me laugh, brings out the real me and you'll make me forget all my problems because you'll give me new problems to think about. Yet, I will still and always need and love you. You know why? Because you are my friend, my BFF, my girlfriend, my boyfriend, my soulmate and my everything. Now and forever, through thick and thin, good or hard times, cry or laugh, still, you are in my heart. Just never forget that. Love you so much babe.

Having time well spent together ;)

Because we are awesome and happy little gurllllll :DDD



-2 hours of movie (KLZOMBIE)
-3 hours of karaoke
-some hours of gossiping and giggling around like crazy
-some hours of makan-makan
-some hours of jalan-jalan
-some minutes of arguing and quarreling
-entire life of happiness


p/s : I love you


#ILI NABILAH BINTI MAMAT KHALID



Sunday, 25 August 2013

#25082013

Hati manusia, tak semudah itu boleh diduga. Kita tak pernah mampu untuk tahu apa yang ada dalam hati seseorang sehinggalah kita benar-benar tahu siapa dia, bagaimana kisah hidup dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. But, it's never that easy. Tapi yang pasti, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap hambaNya.

As a human, kita takde hak pun untuk menilai hati seseorang tu. We never have the right to judge on someone when u know nothing about them. Kita tak boleh nak cakap yang dia tu baik ke, jahat ke, ikhlas ke, tak ikhlas ke. Itu semua urusan antara dia dengan Allah. So, tak perlu lah kot rasanya kalau nak tunjuk hebat sangat nak kata orang tu macam tu ke, macam ni ke. ;) 

Setiap insan yang dijadikan oleh Allah itu telah dituliskan perjalanan hidup dan takdir masing-masing. Memang kita yang merancang segalanya tapi kalau Allah kata 'tidak', sehebat mana pun kita mencuba, Allah tetap tidak akan menjadikannya. Akan tetapi, kalau Allah dah tentukan sesuatu perkara itu untuk berlaku, kita halanglah macam mana pun, tetap akan berlaku. Kadang-kadang, kita kena belajar untuk menerima takdir yang Allah dah tulis untuk kita. Setiap yang berlaku, segalanya itu datang daripada Allah. Segalanya berlaku dengan izin Allah. Bila dia berkehendakkan sesuatu, dia kata "jadi" maka jadilah benda itu. Apa yang kita lalui, tak sama dengan apa yang orang lain lalui. Apa yang kita buat, tak sama dengan apa yang orang lain buat, sebab Allah itu dah pilih kita untuk lalui apa yang kita lalui, untuk buat apa yang kita buat. Kita cuma kena terima hakikat dan redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Redha bukan maksudnya terima membuta tuli. Redha itu adalah menerima ketentuan Allah dengan sentiasa berpegang bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, hati akan jadi lebih ikhlas dengan ketentuan Allah. :)

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendakan (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (02:117)
 

.

Thursday, 22 August 2013

#22082013

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat tengahari,
Selamat Hari Raya, *tiba-tiba*
Selamat hari Khamis... :)

Lamanya tak potpet kat sini. Almaklumlah, cuti raya kann. Raya pun meriah sangat-sangat,  manalah sempat nak blogging-blogging ni. Hehehe. ;)

Pernah tak, bila kita diuji dengan sesuatu ujian oleh Allah S.W.T, kita mula terfikir, kenapa aku? Apa salah aku sampai aku diuji macam ni sekali? Allah tu tak sayang pada aku ke? Mesti pernah kan? Jangan nak tipu. No no no. Tak baik tipu. :p

Kadang-kadang, bila ujian tu kita rasakan amat berat untuk kita tanggung sedangkan kita rasa kita dah cuba sedaya upaya untuk penuhi segala tuntutan agama, misalnya kita dah solat 5 waktu sehari semalam, doa lepas solat tak pernah lupa. Kiranya, yang wajib tak pernah tinggal laa. Tapi, bila kita diuji, hati mula bersuara, "untuk apa aku solat dan doa? Allah bukan sayang pada aku. Dia bagi aku susah lagi ada." nauzubillahi min zalik. Minta dijauhkan dari fikiran-fikiran yang macam tu.

Bila Allah menguji kita, kita kena ingat, itu adalah sebab Allah sayangkan kita. Allah rindukan kita. Allah rindu nak dengar kita meminta padaNya. Allah bagi kita ujian supaya kita ingat pada-Nya, kita berdoa, merintih pada Dia. Allah bagi kita ujian tu untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Betapa kuat kepercayaan hamba-hamba pada Dia. Ujian Allah itu tak semestinya dalam bentuk masalah dan musibah. Nikmat kesenangan dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kita itu pun adalah salah satu bentuk ujian daripadaNya. Dengan kekayaan itu, Allah menguji ketaqwaan hambaNya pada Dia. Adakah hambaNya ingat pada Yang Memberi Nikmat ataupun kita langsung tak ingat pada Dia malah menjadi lebih sombong dan angkuh. Jika Iman terpahat kukuh dalam hati kita, InsyaAllah kita akan dapat melaluinya dengan mudah.

Bila kita diberikan ujian, janganlah cepat membiarkan fikiran-fikiran negatif merasuk minda. Sebaiknya, kita fikir balik, mungkin ujian ini adalah sebagai balasan atas kesilapan kita pada masa lalu. Muhasabah diri balik. Cuba dekatkan diri pada Allah. Tak perlu berasa sedih atau rasa down apabila kita diuji dengan masalah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Di sebalik setiap dugaan yang Dia beri, pasti ada sesuatu yang Dia dah sediakan untuk kita. Setimpal dengan kesabaran yang kita dah pupuk. Dan selalu-selalu lah ingat, Allah takkan beri kita ujian kalau kita memang tak mampu untuk hadapi. 

Tuesday, 30 July 2013

I LOVE YOU


SAYANG ATAU CINTA?

Sayang and cinta. Apa bezanya? Bukan sama je ke? Macam sama je. Sama kot. Entah laa. Tak sama kot. *confused*

Sayang tu, bila kita kenal seseorang dan kita rasa kehadiran dia memberi kesan dalam hidup kita. Tak kiralah sebagai kawan ke, kenalan ke, sedara ke, adik beradik ke. Bila kita ambil berat tentang apa yang terjadi pada dia, itu sayang. Cuma, sayang tu ade beberapa jenis lah. Sayang sebagai kawan, sayang sebagai saudara, adik beradik and so on. :)

Kalau cinta, itu adalah perasaan yang membuatkan kita jadi sayang, rindu, sanggup buat apa sahaja yang kita mampu untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang kita cinta. Cinta itu perasaan untuk seseorang yang bergelar kekasih. Yang terletak di sudut yang teristimewa dalam hati kita.

Dalam cinta itu ada sayang tetapi dalam sayang tak semestinya ada cinta. Untuk orang yang kita cinta, kita akan sanggup buat segala-galanya. Kalau boleh nak capai bulan dan bintang kat langit tu, confirm bulan dah takde dah kat langit tu malam-malam. Kenapa? Sebab akan ada seseorang yang dah ambil bulan tu bagi pada kekasih dia. Bulan kan ada 1 jer. Siapa orang tu? Bulan kata, "First come, first serve." Hehehe. ;)

Tak kira lah apa sekalipun, saya cuma nak awak tahu, saya sayangkan awak dan saya cintakan awak. Awak seorang jer yang ada dalam hati saya sekarang ni. Awak ada di sudut yang teristimewa kat sini. Hanya awak selamanya. Sampai bila-bila pun. InsyaAllah. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Untuk bahagiakan awak, selagi saya berkemampuan. 



p/s : I love you

#30072013

Hidup ni ada macam-macam benda yang boleh jadi. Ada yang kita rancang, ada yang kita tak rancang, ada yang kita mampu jangka, ada yang kita tak mampu nak jangka. Contohnya, baru lepas berbual dengan kawan kat telefon, tak berapa lama lepas tu dia minta tolong pergi balai polis. Urgent katanya. Rupa-rupanya, dia baru lepas kena samun. Tengok muka dia nak menangis pun ada. Mana taknya, nak raya kott. Kesian dia.

       Ujian hidup. Bila jadi kat orang lain, senang la kita bagi dia nasihat tapi bila diri kita yang diuji, terkedu, terkesima, semua ada laa. Seboleh-bolehnya kita cuba untuk jadi kuat. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, sekurang-kurangnya kita cuba jd kuat untuk orang yang kita sayang cuma kadang-kadang, emosi terganggu, fikiran negatif mula datang menjengah, masa tu lah hati yang selama ini kuat menjadi rapuh. Serapuh daun maple. Air mata yang kita cuba pendam, akhirnya terlepas. Kekuatan yang selama ini kukuh tersemat dalam diri, lama-kelamaan semakin pudar. Tembok kesabaran semakin nipis.

        Bukan kita yang minta jadi benda-benda macam ni. Tak pernah terjangka pula ini yang akan berlaku seumur hidup ini. Namun, apakan daya, rancangan Allah itu Maha hebat. Dia selalu tahu apa yang terbaik. Untuk mencapai apa yang kita nakkan, Dia takkan bagi semudah macam tu sahaja melainkan dengan usaha, doa dan tawakkal. So, kalau nak sesuatu benda, kenalah hadapi segala rintangan yang menanti. Allah takkan menguji seseorang melainkan dengan kemampuan hambaNya. 

        Semoga kita bersabar dan tak mudah menyerah kalah. Kenyataan itu memang payah untuk kita terima tapi itu mungkin akan membuat kita jadi lebih kuat. Ubat untuk orang dewasa kan memang lah pahit. ;)



p/s : I love you.

Friday, 26 July 2013

KENAPA SAYANG??

Hati dan perasaan. It's so damn complicated. Sayang dan cinta, perasaan yang kita tak boleh nak kawal. Dia datang tanpa diundang. Kalau kita nak sayang seseorang tu, we loved them for no reason. Memang takde sebab dan alasan yang membolehkan kita nak sayang. Kalau nak kata sayang sebab muka cantik atau handsome, kalau tiba-tiba dia jadi tak berapa nak cantik, kita dah tak sayang ke? Kalau nak kata sebab perangai yang baik, seandainya 1 hari nanti kita diuji, tiba-tiba perangai dia jadi tak berapa na baik, kita dah tak nak sayang dia ke? 

         Kenapa kita sayangkan seseorang tu, Allah je yang tahu. Sebab Dia yang sisipkan perasaan sayang dan cinta tu. Kita cuma mampu kata yang kita sayangkan dia sebab kita memang sayang dia. Sebab hati kita dia dah ambil dan tak mungkin untuk hati itu dipulangkan balik pada kita.

         Sayang bukan pada rupa, sayang bukan pada penampilan, sayang bukan pada sifat, bukan pada harta tapi sayang  itu pada hati. Hati yang jujur dan ikhlas menyayangi dan menerima orang yang kita sayang tu seadanya dan bersedia untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran yang akan datang walaupun kita tahu dan sedar yang risiko memang sangat tinggi. Sebab bila hati dah sayang dengan ikhlas, apa pun rintangan yang mendatang, kita akan dapat lalui dengan begitu mudah. Allah akan lorongkan jalan penyelesaian selagi mana kita percaya dengan ketentuan Dia yang Maha Mengetahui. 

        Lihatlah cinta dengan mata hati. Bukan dengan akal fikiran semata-mata. Mungkin ada kalanya tak logik dan tak  mampu nak diterima akal tapi itulah cinta.


p/s : I love you 


#26072013

Hari ni dah 17 Ramadan. Pejam celik pejam celik dah setengah bulan berpuasa. Alhamdulillah, everything goes well. :)
Tak lama lagi dah nak raya. Rasa macam takde feel lagi lah nak raya. Semenjak arwah mama pergi, raya ke tak raya ke rasa macam sama je. Raya sekadar buat syarat je. Rindu sangat-sangat kat mama. Kalau dulu, mama ade, seronok. Buat kuih raya sama-sama walaupun mama tak bagi kacau dia buat kuih. Tapi kacau jugak acah-acah nak tolong lah konon. Hehe. Cari kain sama-sama nak buat baju raya. Tak pernah risau baju raya tak siap walaupun lagi seminggu nak raya baru hantar pergi tempah. Tapi confirm akan siap. Tak pernah lagi la pagi raya baju tak siap. ;)
Seriously, memang rindu sangat-sangat kat mama. Setiap hari setiap saat, aku tak pernah lupakan mama. Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang mama dah pergi bertemu Ilahi walaupun dah hampir 2 tahun berlalu. Kadang-kadang aku masih berharap yang mama akan sambut bila aku balik rumah sekali sekala tapi aku sedar semua tu takkan berlaku.Allah lebih sayangkan mama. Mungkin lebih baik mama pergi daripada terus-terusan  menanggung kesakitan ni. Allah knows best. Ape yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa untuk kesejahteraan mama kat sana. Semoga mama bahagia selalu.

p/s : Adik rindu mama.

Thursday, 25 July 2013

SUPERSTARS OF MAGIC 3


Nak pergi sini boleh tak?

Superstars of Magic

Anyone...please...nak pergi... *muka comel*

Wednesday, 24 July 2013

WHEN YOU SAY NOTHING AT ALL



'The smile on your face let me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best when you say nothing at all'

IT'S YOU

Hi,
How are you? Yes, you. The one reading this. Of course it's you. I just wanna say that, I love you so much and I miss you so much and I am very afraid of losing you.

There was once, nothing comes between us. No heart feeling, no love, nothing but now all of those things are here. Right in our heart. Your heart and mine. We feel the same. The feel of love, the feel of missing each other, fear of losing. Everytime I see u, when I see you're smiling, when I know that I am the reason of that smile, there's a feeling of happiness in my heart. Deep down in my heart, I know I really really love you and I miss you and I need you just like what you are. :)

Thursday, 18 July 2013

S.M.I.L.E

Start a new day with a smile and cherish. May Allah ease everything and every moment that we go through every day. :)

Motivate the soul, cheer up your heart, open up your mind. Accept everything that come to us as a treat of this wonderful life. Not everyone can feel what we are going through. When you feel that life is suck, just remember that there are still other person that go through their life worse than what you faced. No matter what happen, be strong and never let the smile fade away. Think positive and be optimist throughout this life.

Never stop believe in faith. Keep moving on and try better. As the saying from Albert Einstein, life's like bicycle, to keep your balance, you must keep moving. That's really right. Logically, if we stop moving our bicycle, we will lose our balance and sometimes maybe we'll fall. Just like this life, if we stop moving on, the negative thoughts will come over and over and over and without a strong stand, no doubt, we'll fall. Don't ever give a damn to those bad feelings. They are nothing worthwhile. 

Life's once, live life at its best. Your smile means the world. :)


" Ya Allah, jika telah Engkau tulis hatiku ini untuknya, engkau tenangkanlah hatiku untuknya, Engkau senangkanlah hati ini dengannya. Kau berikanlah kami rasa cinta yang halal buat kami. Kau berikanlah kami rasa cinta yang ikhlas kerana Engkau Ya Allah. Seandainya ditakdirkan dia bukan untukku, Kau jauhkanlah hati ini daripadanya, Kau jauhkanlah aku daripada dia, Engkau redakanlah hati ini untuk menerima takdirMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaMu ini. Amin "



#18072013

Assalamualaikum...
Good morning...

Alhamdulillah. Hati rasa tenang setenang-tenangnya. Lepas bersahur and solat subuh. Minta petunjuk daripada Allah. InsyaAllah, saya yakin dengan hati saya.

Perasaan ni, Allah yang bagi. Dia yang titipkan rasa sayang, cinta, rasa senang, tenang. Semuanya daripada Dia. Kita sebagai hamba, apa yang kita boleh buat cuma berdoa dan meminta. Betapa miskinnya kita sebagai hamba Dia, kita cuma mampu meminta daripadaNya. Betapa Allah Maha Mengetahui, pertolongan daripadaNya tidak akan datang begitu cepat dan tidak akan datang terlalu lambat tapi akan datang tepat pada masanya. InsyaAllah. :)

Yang paling penting sekali, kita sebagai hamba tidak boleh nak berburuk sangka padaNya. Bila kita rasa yang Allah tak makbulkan doa kita sedangkan kita dah banyak berdoa padaNya, janganlah sesekali kita rasa berputus asa. Terus meminta padaNya sebab Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ada beberapa cara Allah memakbulkan doa daripada hambaNya :

1 . Dimakbulkan serta-merta apa yang kita minta.
2 . Ditangguhkan dan digantikan dengan sesuatu nikmat yang lebih baik di Akhirat kelak.
3 . Dihindarkan daripada malapetaka dan bencana.

So, have faith in Allah. Allah always knows everything best for us. Never stop praying and asking from Him. :)


Wednesday, 17 July 2013

MATA,HATI

Orang kata, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati."

Cinta itu satu perasaan yang wujud dalam bila kita sayangkan dan sukakan seseorang tu. Macam mana boleh suka? Suka datang dari mata.

Bila orang yang kita sayang jarang mengungkapkan kata-kata sayang dan rindu, tak bermakna orang tu tak sayang dan rindu pada kita. Cuma, mungkin diorang tak reti nak mengungkapkan dengan kata-kata tapi lebih selesa meluahkan dengan perbuatan. Kadang-kadang kita nampak, cara pandangan dia lain, cara layanan lain. Lain macam mana? Lain daripada pandangan atau layanan yang kita pernah lihat dari seorang teman biasa. Kalau orang tu tak sayangkan kita, baik dia buat macam biasa jer. Tak payah nak buat special2. Kan. 

Perasaan cinta dan sayang tu ada dalam hati. So, untuk memahami dan merasakan perasaan cinta dan sayang tu, kita kenalah melihat dengan mata hati juga supaya boleh tembus ke hati dia. Kenapa nak guna mata hati? Sebab, mata kasar kita mungkin tak mampu nak nampak perasaan cinta yg halus tu. 

So, bila kita sayangkan seseorang, cubalah sayangkan dia seikhlas hati kita. Sebabnya, mata hati cuma mampu lihat perasaan cinta dan sayang yang wujud dengan keikhlasan. :)


p/s : I love you








SONG OF THE NIGHT ;)



"Kerna ku milikmu
Moga yang Esa tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati 
Kerna tak terdaya 
Hidup tanpamu 
Bak pungguk rindukan bulan
Hidup ku kan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati"


p/s : I love you
 

Tuesday, 16 July 2013

SHARING IS CARING :)

Just wanna share some tips. Untuk hilangkan or kurangkan perasaan marah. ;)

1 . Mengucapkan 'أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
    
"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam" (HR Bukhari dan Muslim)


2 . Jika dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk. Jika dalam keadaan duduk, hendaklah baring.

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (HR Ahmad & Abu Daud)

3 . Berdiam diri

"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

4 . Berwuduk

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk" (HR Ahmad & Abu Daud)



Harap-harap lepas ni, boleh la kita sama-sama cuba untuk kurangkan perasaan marah tu ok? ;)
Banyak kelebihan untuk kita yang mampu kawal perasaan marah tu. Banyak jugak keburukan kalau kita sentiasa nak melampiaskan perasaan marah sebab marah tu kan datang daripada syaitan. Kalau kita tengah marah, mulalah datang bisikan-bisikan syaitan yang jahat-jahat tu. Yalah, kalau dah bisikan syaitan, mana ada yang baik kan? Nanti ade la sesiapa atau apa-apa yang menjadi mangsa kemarahan kita. Kan dah buruk kesannya tu. So, kita sama-sama lah ea. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Teringat ayat cikgu BM masa sekolah dulu. Hehe. Takde kena mengena. ;)


"Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan". (HR Abu Daud)

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melakukannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

 




  

 

WESTLIFE-UNBREAKABLE


01 . Swear it again
02 . If I let you go
03 . Flying without wings
04 . I have a dream
05 . Fool again
06 . Against all odds
07 . My love
08 . I lay my love on you
09 . What makes a man
10 . Uptown girl
11 . Queen of my heart
12 . World of our own
13 . Bop bop baby
14 . When you're looking like that
15 . Unbreakable
16 . Written in the stars
17 . How does it feel
18 . Tonight
19 . Love takes two
20 . Miss you nights

 Another westlife's

p/s : I love you

Monday, 15 July 2013

WESTLIFE ARE SO AWESOME!!!



Because they are so awesome and their songs are so sweet. Westlife makes me fall in love every time I hear their songs. :)

01 . Swear it again
02 . If I let you go
03 . Flying without wings
04 . Fool again
05 . No no
06 . I don't wanna fight
07 . Change the world
08 . Moments
09 . Seasons in the sun
10 . I need you
11 . Miss you 
12 . More than words
13 . Open your heart
14 . Try again
15 . What I want is what I've got
16 . We are one
17 . Can't lose what you never had

#awak jgn jealous taw

p/s : I love you

SINGKAT TAPI BERMAKNA

"Walaupun kita jumpa dalam waktu yang singkat, kita cuba buat dia 1 kenangan yang bermakna. "

Rasa macam selalu dengar ayat ni. Kalau tak exactly pun, maksud dia akan lebih kurang macam ni jugak. Awak selalu cakap macam ni kat saya setiap kali kita jumpa. ;)

Bila fikir-fikir balik, betul juga ape yang awak cakap tu. Bukan untuk kita jer. Tapi jugak untuk setiap apa yang kita buat dalam hidup kita. Walaupun sesuatu tu kita buat dalam masa yang singkat, biarlah ia memberi kesan dalam hidup kita.  :)

#14072013

Mengatuk  + mengantuk + mengantuk

Arghh.... mengantuknya!!!

Weekend yang agak mencabar. Dengan demam nya, selesema lagi. Nasib baik lah antibodi nie kuat. Tu pun dah bersin macam nak gila dah. Sabtu yang membosankan kat Shah Alam ni buat aku lari balik PD. Sampai PD, tempat pertama yang aku cari dan tuju, Pantai Tanjung Gemuk. Pantai yang tenang, aman, damai, bagi aku ketenangan, kedamaian, rasa hilang semua masalah walaupun sekadar duduk dalam kereta jer. Tenang.

Pukul 2 setengah keluar dari Shah Alam, pukul 7 baru sampai rumah. Lepak2. Nasib baik lah abah nie bijak memasak. Sempat la siap masak macam-macam bila tahu yang anak-anaknya nak balik.

Sumpah mengantuk gilaaaa!!! Tak larat nak sambung lagi. Esok jer la ea sambung berceloteh lagi...hehehe

Goodnight

p/s : I love you

Friday, 12 July 2013


Kawan a.k.a housemate a.k.a roomate a.k.a bff a.k.a soul mate dedicated this song to me. Rasa macam lawak pun ada. Rasa nak gelak pun ada. Hahahaha... :D

...YANG TERAKHIR

Awak, mungkin awak bukan yang pertama yang buat saya rasa bahagia. Tapi, insyaAllah, saya akan jadikan awak cinta hati saya yang terakhir. Walaupun saya dah pernah miliki rasa bahagia sebelum kewujudan awak dalam hidup saya, tapi saya tak pernah miliki kebahagiaan yang sama macam apa yang awak dah bagi saya rasa. You make me happy in your own way. Tak sama macam orang lain. Sebab tu bila awak cakap yang awak bukan orang pertama yang buat saya bahagia macam sekarang, saya cakap, ada yang betul dan ada yang tak berapa nak betul. ;)

Saya sayangkan awak. Saya nak awak tahu yang saya bahagia sangat-sangat dengan awak. Apa yang pernah berlaku dalam hidup saya dan masa silam saya, segalanya adalah sejarah yang menjadikan saya seperti mana yang awak tengok saya hari ni. Saya harap awak boleh terima smuanya tanpa mempertikaikan perasaan saya pada awak. Segala yang dah berlalu telah saya tinggalkan dan sekarang, masa depan saya ada saya, awak, kita. Saya nak awak ingat tu. Kebahagiaan saya ada pada awak sekarang ni. Hati saya ada dalam hati awak. Saya harap awak akan jaga hati saya elok-elok.


p/s : I love you

Thursday, 11 July 2013

#11072013

Missing you
In this lonely heart
There's only you
You are the one

Every moment
That we had spent together
Is the precious moment ever

When I did realize
That this heart is in need of you
All I know
I just want you to be here for me

Whatever it takes
We'll go through it
Together
You and me
We'll never give up

It's the power of our love
That will break all the walls before us

p/s : You know that I love u so much . Yes, it's you . :)

BILA HATI DAH SAYANG

Dulu saya malas layan awk. Saya tak nak jumpa awak. Saya selalu bagi macam-macam alasan kat awak. Tapi sekarang ni, bila hati saya dah kata yang saya sayangkan awak, saya mula rasa yang sy perlukan awak. Saya selalu rindukan awak. Saya selalu rindu masa-masa kita bersama.

I admit, things that happened before was my fault. I was the one who supposed to be blamed. And now, I serves my right when in turn, I am the one who missed you like hell. Every moment that we had spent together is a very precious moment for me to remember. Every single thing that I do in my life, there will always be you coming to my mind.

Mungkin kita sendiri tak pernah sangka dan jangka yang keadaan akan jadi macam ni. NEVER. EVER. Tapi sekarang, kita dah ada dalam keadaan ni. Kita tak pernah mintak untuk jadi macam ni. Tapi, ini takdir kita. Kita kena terima. Saya sendiri tak pernah terfikir yang hati saya akan terbuka untuk awak. TAK PERNAH. Tapi sekarang, hati saya cuma ada awak. Sekarang, saya selalu perlukan awak. Saya selalu rindukan awak. Bila hati saya dah mula sayangkan awak dan saya rasa yang awak pun sayangkan saya, saya harap sangat-sangat yang kita akan happy sampai bila-bila. Bukan kita dua jer taw. Termasuklah sekali orang-orang sekeliling kita and orang-orang yang kita sayang. Saya nak semuanya happy-happy selalu.  

Dah banyaklah pulak tulis malam ni. Rasa macam tak nak stop jer. Sebab saya rindu awak sangat-sangat. Saya rasa macam nak tulis segala-galanya tentang awak. Tentang kita. ;)

p/s : I miss you like crazy


Wednesday, 10 July 2013




I'm shining like a candle in the dark 
When you tell me that love me

#10072013

Hati manusia ni bukan machine. Hati kita tak boleh dipaksa. Bila kita tak suka kat someone, buat macam mana pun, tetap tak suka. Tapi bila Allah nak terbalikkan hati kita, orang yg kita tak suka tu yang akan kita sayang setengah mati. Kalau hati rindu kat someone, paksalah macam mana pun untuk buang rasa rindu tu, ia tetap takkan hilang selagi kita tak dapatkan penawar rindu tu.

Hati ni complicated. Bila mula timbul rasa sayang dalam hati, bahagia terasa ketika bersama, sedih nak berpisah walaupun sekejap, rasa takut untuk kehilangan. That's what happen when there is love between 2 persons.

Bila cinta dan sayang menguasai diri dan hati, usia hanyalah angka yang tak memberi kesan apa-apa pun. Biar berbeza sampai 20 tahun sekalipun, bila hati dah sayang, itu bukan lagi masalah. Usia tak menjanjikan kematangan seseorang dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting, penerimaan dua insan yang berbeza terhadap kelebihan dan kekurangan masing-masing.

#iloveyousomuch

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq

Tuesday, 18 June 2013

HOLIDAY

The holiday had started for about 1 week. Yup. Exactly 1 week. Aku dah merayau ke merata alam dah. Penat tak terkata lah kan. Hari Selasa balik dr Shah Alam. dah 1 hari punya penat ke sana sini sebelum sampai rumah. Hari Rabu sibuk dengan urusan family. Hari Khamis tengok movie dgn BFF. Kawan kawan masa kat MRSM dulu. Cerita 'PECAH'. Hari Jumaat dah pg jalan2 kat Genting Highland. Punya la penat berjalan+sakit kaki,balik tu semua dah tak terkata apa dah. Hari Sabtu sampai hari Isnin jalan Melaka. Badan dah penat sangat dah. Hari ni dah takde plan nk pg memane. Badan nk recharge. ;)







BFF ;)

Cable Car




Sayang korang semua.. ;)
Seronok pg Genting walaupun tak cukup korum berjalan jalan. One day akan cukup. In Shaa Allah. ;)





Takde Motif -,-
Cousins : abang,adik,kakak

Air dan Batu ;)



 Seronok pergi jalan-jalan. Melaka, Gunung Ledang, air terjun. Tempat tu cantik sangat. Hoping that I'll be there again soon. ;)



Thursday, 6 June 2013

THE ROSE



When the night has been too lonely
And the road has been too long.
And you think that love is only
For the lucky and the strong.

PELANGI


Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari.
Dia turunkan petir dan kilat.
Kita menagis, tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.
Rupanya, Allah nak bagi kita pelangi.
Bersabarlah dengan segala ujian. :)

#Pelangi yang cantik muncul selepas hujan.

Sunday, 2 June 2013


191502062013

When we get hurt, chill. Leave everything behind, move forward, never turn back. Look for things that'll make us feel happy. :)

Friday, 31 May 2013

DINGIN

Malam-malam macam ni, hujan lebat, sejuk, keseorangan, hati mula rasa sunyi dan sepi. Rasa perlukan seseorang sebagai teman tapi itu semua tak mungkin wujud.

#mengubatisepisendiri

Tuesday, 28 May 2013

NOTE TO MYSELF

dear me,
no matter what happen,be strong and smile always.i love u. 


#goonwithlifeandsmile

Sunday, 26 May 2013

BECAUSE OF YOU



#MOHD SHARUL RIZZUAN BIN ZAINUDDIN

LEFT ALONE


WHEN IM NOT SLEEPING

RAINBOW.... :)
 Just some drawings from my hand. Because I cannot sleep. Just to release some tension-ness. Express everything on the papers. With the help from some SHARPIES .


#I'm not good in drawing..so it's a bit terrible...'a lot' actually...
YELLOW ROSE... :)

Saturday, 25 May 2013

EMPTY

Kadang2, tak semua yang kita nak kita boleh dapat. Tak semua yang kita harapkan akan terjadi. Tak semua yang kita rancang akan tercapai.Things happen for a reason but I wanted to know what is the reason. Kadang2 rasa mcm dipermainkan but I know that this is not your fault. U don't want it either. Just, what I feel is really empty. Kosong sangat. I just love you and I have to let you go.

BOND

Family. Is everything for us. As for me,my family are my beloved 'along' and 'abah'. I really love them both because they are all I have.

"Abah, Along, Adik akan buat yang terbaik utk bahagiakan Abah dan Along" . Saya sayang keluarga saya. The bond between us will never break. Family is forever. No matter what happen. :)





#ABAH AND ALONG..U BOTH ARE MY HEROES