' Jika Allah cepat memakbulkan doamu, Dia menyayangimu. Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mengujimu. Jika Allah tidak memakbulkan doamu, bererti Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu. '
Sesungguhnya, Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Dia yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia yang tahu apa yang sedang direncanakan untuk perjalanan hidup hamba-hambaNya. Sehebat mana kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Belajar menerima takdir yang Allah tentukan. Setiap perlakuan hambaNya, baik atau buruk, segalanya adalah datang daripada Allah SWT. Akan tetapi, baik dan buruk itu adalah pilihan yang Dia beri pada kita. Namun, tak semua yang kita lihat dan nampak itu adalah betul. Tak semua yang kita buat adalah betul dan tak semua yang orang lain buat adalah salah. Kadang-kadang, apa yang kita nampak paling teruk, itulah yang paling baik. Segalanya rahsia Allah SWT. Bila kita rasa kita keseorangan, takde tempat nak meluahkan rasa hati, takde siapa yang sudi dengar dan faham, kita rasa sedih sangat tapi mungkin kita terlupa, masih ada yang akan mendengar masalah dan rintihan kita. Allah yang satu. Dia yang akan mendengar segala-galanya. Jangan sesekali kita berburuk sangka pada Dia kerana sesungguhnya perancangan Dia adalah jauh lebih baik. ;)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.