Tuesday, 10 September 2013

SABA'AL MATHANI

 


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

           Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan pula jalan mereka yang sesat. "



Surah ini dinamakan surah al-Fatihah yang bermaksud  'pembukaan' kerana surah ini adalah surah pembuka dan permulaan al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Kitab (ibu kitab) dan Ummul Quran (Ibu Quran). Hal ini kerana di dalam surah ini terkandungnya seluruh isi al-Quran. Betapa istimewanya surah al-Fatihah ini, ia menunjukkan hubungan Allah dengan hamba-hambaNya hanya melalui 7 ayat yang sungguh indah. 4 ayat yang pertama adalah segala puji-pujian kepada Allah SWT manakala 3 ayat yang terakhir adalah permintaan seorang hamba yang lemah dan hina. Yang memohon petunjuk daripada Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh ujian. Surah ini turut dinamakan Saba'al Mathani iaitu 'tujuh yang berulang-ulang' kerana surah yang mengandungi 7 ayat ini diulang setiap dalam setiap waktu solat.

Banyak keistimewaan surah al-Fatihah ini. Contohnya, boleh merawat luka-luka kecil, menenangkan hati yang gelisah serta menghalang gangguan makhluk-makhluk halus. Yang paling penting, percaya dan tawakkal dengan kekuasaan Allah. Berserah pada-Nya, pasti Allah akan menolong hamba-hambaNya. :)



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.