Saturday, 31 August 2013

#29082013

It doesn't matter where I go, what I do, what get through me or what I am going through, you'll always be with me, by my side, be my strength, gives me hope, makes me laugh, brings out the real me and you'll make me forget all my problems because you'll give me new problems to think about. Yet, I will still and always need and love you. You know why? Because you are my friend, my BFF, my girlfriend, my boyfriend, my soulmate and my everything. Now and forever, through thick and thin, good or hard times, cry or laugh, still, you are in my heart. Just never forget that. Love you so much babe.

Having time well spent together ;)

Because we are awesome and happy little gurllllll :DDD



-2 hours of movie (KLZOMBIE)
-3 hours of karaoke
-some hours of gossiping and giggling around like crazy
-some hours of makan-makan
-some hours of jalan-jalan
-some minutes of arguing and quarreling
-entire life of happiness


p/s : I love you


#ILI NABILAH BINTI MAMAT KHALID



Sunday, 25 August 2013

#25082013

Hati manusia, tak semudah itu boleh diduga. Kita tak pernah mampu untuk tahu apa yang ada dalam hati seseorang sehinggalah kita benar-benar tahu siapa dia, bagaimana kisah hidup dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. But, it's never that easy. Tapi yang pasti, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap hambaNya.

As a human, kita takde hak pun untuk menilai hati seseorang tu. We never have the right to judge on someone when u know nothing about them. Kita tak boleh nak cakap yang dia tu baik ke, jahat ke, ikhlas ke, tak ikhlas ke. Itu semua urusan antara dia dengan Allah. So, tak perlu lah kot rasanya kalau nak tunjuk hebat sangat nak kata orang tu macam tu ke, macam ni ke. ;) 

Setiap insan yang dijadikan oleh Allah itu telah dituliskan perjalanan hidup dan takdir masing-masing. Memang kita yang merancang segalanya tapi kalau Allah kata 'tidak', sehebat mana pun kita mencuba, Allah tetap tidak akan menjadikannya. Akan tetapi, kalau Allah dah tentukan sesuatu perkara itu untuk berlaku, kita halanglah macam mana pun, tetap akan berlaku. Kadang-kadang, kita kena belajar untuk menerima takdir yang Allah dah tulis untuk kita. Setiap yang berlaku, segalanya itu datang daripada Allah. Segalanya berlaku dengan izin Allah. Bila dia berkehendakkan sesuatu, dia kata "jadi" maka jadilah benda itu. Apa yang kita lalui, tak sama dengan apa yang orang lain lalui. Apa yang kita buat, tak sama dengan apa yang orang lain buat, sebab Allah itu dah pilih kita untuk lalui apa yang kita lalui, untuk buat apa yang kita buat. Kita cuma kena terima hakikat dan redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Redha bukan maksudnya terima membuta tuli. Redha itu adalah menerima ketentuan Allah dengan sentiasa berpegang bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, hati akan jadi lebih ikhlas dengan ketentuan Allah. :)

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendakan (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (02:117)
 

.

Thursday, 22 August 2013

#22082013

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat tengahari,
Selamat Hari Raya, *tiba-tiba*
Selamat hari Khamis... :)

Lamanya tak potpet kat sini. Almaklumlah, cuti raya kann. Raya pun meriah sangat-sangat,  manalah sempat nak blogging-blogging ni. Hehehe. ;)

Pernah tak, bila kita diuji dengan sesuatu ujian oleh Allah S.W.T, kita mula terfikir, kenapa aku? Apa salah aku sampai aku diuji macam ni sekali? Allah tu tak sayang pada aku ke? Mesti pernah kan? Jangan nak tipu. No no no. Tak baik tipu. :p

Kadang-kadang, bila ujian tu kita rasakan amat berat untuk kita tanggung sedangkan kita rasa kita dah cuba sedaya upaya untuk penuhi segala tuntutan agama, misalnya kita dah solat 5 waktu sehari semalam, doa lepas solat tak pernah lupa. Kiranya, yang wajib tak pernah tinggal laa. Tapi, bila kita diuji, hati mula bersuara, "untuk apa aku solat dan doa? Allah bukan sayang pada aku. Dia bagi aku susah lagi ada." nauzubillahi min zalik. Minta dijauhkan dari fikiran-fikiran yang macam tu.

Bila Allah menguji kita, kita kena ingat, itu adalah sebab Allah sayangkan kita. Allah rindukan kita. Allah rindu nak dengar kita meminta padaNya. Allah bagi kita ujian supaya kita ingat pada-Nya, kita berdoa, merintih pada Dia. Allah bagi kita ujian tu untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Betapa kuat kepercayaan hamba-hamba pada Dia. Ujian Allah itu tak semestinya dalam bentuk masalah dan musibah. Nikmat kesenangan dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kita itu pun adalah salah satu bentuk ujian daripadaNya. Dengan kekayaan itu, Allah menguji ketaqwaan hambaNya pada Dia. Adakah hambaNya ingat pada Yang Memberi Nikmat ataupun kita langsung tak ingat pada Dia malah menjadi lebih sombong dan angkuh. Jika Iman terpahat kukuh dalam hati kita, InsyaAllah kita akan dapat melaluinya dengan mudah.

Bila kita diberikan ujian, janganlah cepat membiarkan fikiran-fikiran negatif merasuk minda. Sebaiknya, kita fikir balik, mungkin ujian ini adalah sebagai balasan atas kesilapan kita pada masa lalu. Muhasabah diri balik. Cuba dekatkan diri pada Allah. Tak perlu berasa sedih atau rasa down apabila kita diuji dengan masalah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Di sebalik setiap dugaan yang Dia beri, pasti ada sesuatu yang Dia dah sediakan untuk kita. Setimpal dengan kesabaran yang kita dah pupuk. Dan selalu-selalu lah ingat, Allah takkan beri kita ujian kalau kita memang tak mampu untuk hadapi.