Tuesday, 30 July 2013

I LOVE YOU


SAYANG ATAU CINTA?

Sayang and cinta. Apa bezanya? Bukan sama je ke? Macam sama je. Sama kot. Entah laa. Tak sama kot. *confused*

Sayang tu, bila kita kenal seseorang dan kita rasa kehadiran dia memberi kesan dalam hidup kita. Tak kiralah sebagai kawan ke, kenalan ke, sedara ke, adik beradik ke. Bila kita ambil berat tentang apa yang terjadi pada dia, itu sayang. Cuma, sayang tu ade beberapa jenis lah. Sayang sebagai kawan, sayang sebagai saudara, adik beradik and so on. :)

Kalau cinta, itu adalah perasaan yang membuatkan kita jadi sayang, rindu, sanggup buat apa sahaja yang kita mampu untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang kita cinta. Cinta itu perasaan untuk seseorang yang bergelar kekasih. Yang terletak di sudut yang teristimewa dalam hati kita.

Dalam cinta itu ada sayang tetapi dalam sayang tak semestinya ada cinta. Untuk orang yang kita cinta, kita akan sanggup buat segala-galanya. Kalau boleh nak capai bulan dan bintang kat langit tu, confirm bulan dah takde dah kat langit tu malam-malam. Kenapa? Sebab akan ada seseorang yang dah ambil bulan tu bagi pada kekasih dia. Bulan kan ada 1 jer. Siapa orang tu? Bulan kata, "First come, first serve." Hehehe. ;)

Tak kira lah apa sekalipun, saya cuma nak awak tahu, saya sayangkan awak dan saya cintakan awak. Awak seorang jer yang ada dalam hati saya sekarang ni. Awak ada di sudut yang teristimewa kat sini. Hanya awak selamanya. Sampai bila-bila pun. InsyaAllah. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Untuk bahagiakan awak, selagi saya berkemampuan. 



p/s : I love you

#30072013

Hidup ni ada macam-macam benda yang boleh jadi. Ada yang kita rancang, ada yang kita tak rancang, ada yang kita mampu jangka, ada yang kita tak mampu nak jangka. Contohnya, baru lepas berbual dengan kawan kat telefon, tak berapa lama lepas tu dia minta tolong pergi balai polis. Urgent katanya. Rupa-rupanya, dia baru lepas kena samun. Tengok muka dia nak menangis pun ada. Mana taknya, nak raya kott. Kesian dia.

       Ujian hidup. Bila jadi kat orang lain, senang la kita bagi dia nasihat tapi bila diri kita yang diuji, terkedu, terkesima, semua ada laa. Seboleh-bolehnya kita cuba untuk jadi kuat. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, sekurang-kurangnya kita cuba jd kuat untuk orang yang kita sayang cuma kadang-kadang, emosi terganggu, fikiran negatif mula datang menjengah, masa tu lah hati yang selama ini kuat menjadi rapuh. Serapuh daun maple. Air mata yang kita cuba pendam, akhirnya terlepas. Kekuatan yang selama ini kukuh tersemat dalam diri, lama-kelamaan semakin pudar. Tembok kesabaran semakin nipis.

        Bukan kita yang minta jadi benda-benda macam ni. Tak pernah terjangka pula ini yang akan berlaku seumur hidup ini. Namun, apakan daya, rancangan Allah itu Maha hebat. Dia selalu tahu apa yang terbaik. Untuk mencapai apa yang kita nakkan, Dia takkan bagi semudah macam tu sahaja melainkan dengan usaha, doa dan tawakkal. So, kalau nak sesuatu benda, kenalah hadapi segala rintangan yang menanti. Allah takkan menguji seseorang melainkan dengan kemampuan hambaNya. 

        Semoga kita bersabar dan tak mudah menyerah kalah. Kenyataan itu memang payah untuk kita terima tapi itu mungkin akan membuat kita jadi lebih kuat. Ubat untuk orang dewasa kan memang lah pahit. ;)



p/s : I love you.

Friday, 26 July 2013

KENAPA SAYANG??

Hati dan perasaan. It's so damn complicated. Sayang dan cinta, perasaan yang kita tak boleh nak kawal. Dia datang tanpa diundang. Kalau kita nak sayang seseorang tu, we loved them for no reason. Memang takde sebab dan alasan yang membolehkan kita nak sayang. Kalau nak kata sayang sebab muka cantik atau handsome, kalau tiba-tiba dia jadi tak berapa nak cantik, kita dah tak sayang ke? Kalau nak kata sebab perangai yang baik, seandainya 1 hari nanti kita diuji, tiba-tiba perangai dia jadi tak berapa na baik, kita dah tak nak sayang dia ke? 

         Kenapa kita sayangkan seseorang tu, Allah je yang tahu. Sebab Dia yang sisipkan perasaan sayang dan cinta tu. Kita cuma mampu kata yang kita sayangkan dia sebab kita memang sayang dia. Sebab hati kita dia dah ambil dan tak mungkin untuk hati itu dipulangkan balik pada kita.

         Sayang bukan pada rupa, sayang bukan pada penampilan, sayang bukan pada sifat, bukan pada harta tapi sayang  itu pada hati. Hati yang jujur dan ikhlas menyayangi dan menerima orang yang kita sayang tu seadanya dan bersedia untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran yang akan datang walaupun kita tahu dan sedar yang risiko memang sangat tinggi. Sebab bila hati dah sayang dengan ikhlas, apa pun rintangan yang mendatang, kita akan dapat lalui dengan begitu mudah. Allah akan lorongkan jalan penyelesaian selagi mana kita percaya dengan ketentuan Dia yang Maha Mengetahui. 

        Lihatlah cinta dengan mata hati. Bukan dengan akal fikiran semata-mata. Mungkin ada kalanya tak logik dan tak  mampu nak diterima akal tapi itulah cinta.


p/s : I love you 


#26072013

Hari ni dah 17 Ramadan. Pejam celik pejam celik dah setengah bulan berpuasa. Alhamdulillah, everything goes well. :)
Tak lama lagi dah nak raya. Rasa macam takde feel lagi lah nak raya. Semenjak arwah mama pergi, raya ke tak raya ke rasa macam sama je. Raya sekadar buat syarat je. Rindu sangat-sangat kat mama. Kalau dulu, mama ade, seronok. Buat kuih raya sama-sama walaupun mama tak bagi kacau dia buat kuih. Tapi kacau jugak acah-acah nak tolong lah konon. Hehe. Cari kain sama-sama nak buat baju raya. Tak pernah risau baju raya tak siap walaupun lagi seminggu nak raya baru hantar pergi tempah. Tapi confirm akan siap. Tak pernah lagi la pagi raya baju tak siap. ;)
Seriously, memang rindu sangat-sangat kat mama. Setiap hari setiap saat, aku tak pernah lupakan mama. Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang mama dah pergi bertemu Ilahi walaupun dah hampir 2 tahun berlalu. Kadang-kadang aku masih berharap yang mama akan sambut bila aku balik rumah sekali sekala tapi aku sedar semua tu takkan berlaku.Allah lebih sayangkan mama. Mungkin lebih baik mama pergi daripada terus-terusan  menanggung kesakitan ni. Allah knows best. Ape yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa untuk kesejahteraan mama kat sana. Semoga mama bahagia selalu.

p/s : Adik rindu mama.

Thursday, 25 July 2013

SUPERSTARS OF MAGIC 3


Nak pergi sini boleh tak?

Superstars of Magic

Anyone...please...nak pergi... *muka comel*

Wednesday, 24 July 2013

WHEN YOU SAY NOTHING AT ALL



'The smile on your face let me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best when you say nothing at all'

IT'S YOU

Hi,
How are you? Yes, you. The one reading this. Of course it's you. I just wanna say that, I love you so much and I miss you so much and I am very afraid of losing you.

There was once, nothing comes between us. No heart feeling, no love, nothing but now all of those things are here. Right in our heart. Your heart and mine. We feel the same. The feel of love, the feel of missing each other, fear of losing. Everytime I see u, when I see you're smiling, when I know that I am the reason of that smile, there's a feeling of happiness in my heart. Deep down in my heart, I know I really really love you and I miss you and I need you just like what you are. :)

Thursday, 18 July 2013

S.M.I.L.E

Start a new day with a smile and cherish. May Allah ease everything and every moment that we go through every day. :)

Motivate the soul, cheer up your heart, open up your mind. Accept everything that come to us as a treat of this wonderful life. Not everyone can feel what we are going through. When you feel that life is suck, just remember that there are still other person that go through their life worse than what you faced. No matter what happen, be strong and never let the smile fade away. Think positive and be optimist throughout this life.

Never stop believe in faith. Keep moving on and try better. As the saying from Albert Einstein, life's like bicycle, to keep your balance, you must keep moving. That's really right. Logically, if we stop moving our bicycle, we will lose our balance and sometimes maybe we'll fall. Just like this life, if we stop moving on, the negative thoughts will come over and over and over and without a strong stand, no doubt, we'll fall. Don't ever give a damn to those bad feelings. They are nothing worthwhile. 

Life's once, live life at its best. Your smile means the world. :)


" Ya Allah, jika telah Engkau tulis hatiku ini untuknya, engkau tenangkanlah hatiku untuknya, Engkau senangkanlah hati ini dengannya. Kau berikanlah kami rasa cinta yang halal buat kami. Kau berikanlah kami rasa cinta yang ikhlas kerana Engkau Ya Allah. Seandainya ditakdirkan dia bukan untukku, Kau jauhkanlah hati ini daripadanya, Kau jauhkanlah aku daripada dia, Engkau redakanlah hati ini untuk menerima takdirMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaMu ini. Amin "



#18072013

Assalamualaikum...
Good morning...

Alhamdulillah. Hati rasa tenang setenang-tenangnya. Lepas bersahur and solat subuh. Minta petunjuk daripada Allah. InsyaAllah, saya yakin dengan hati saya.

Perasaan ni, Allah yang bagi. Dia yang titipkan rasa sayang, cinta, rasa senang, tenang. Semuanya daripada Dia. Kita sebagai hamba, apa yang kita boleh buat cuma berdoa dan meminta. Betapa miskinnya kita sebagai hamba Dia, kita cuma mampu meminta daripadaNya. Betapa Allah Maha Mengetahui, pertolongan daripadaNya tidak akan datang begitu cepat dan tidak akan datang terlalu lambat tapi akan datang tepat pada masanya. InsyaAllah. :)

Yang paling penting sekali, kita sebagai hamba tidak boleh nak berburuk sangka padaNya. Bila kita rasa yang Allah tak makbulkan doa kita sedangkan kita dah banyak berdoa padaNya, janganlah sesekali kita rasa berputus asa. Terus meminta padaNya sebab Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ada beberapa cara Allah memakbulkan doa daripada hambaNya :

1 . Dimakbulkan serta-merta apa yang kita minta.
2 . Ditangguhkan dan digantikan dengan sesuatu nikmat yang lebih baik di Akhirat kelak.
3 . Dihindarkan daripada malapetaka dan bencana.

So, have faith in Allah. Allah always knows everything best for us. Never stop praying and asking from Him. :)


Wednesday, 17 July 2013

MATA,HATI

Orang kata, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati."

Cinta itu satu perasaan yang wujud dalam bila kita sayangkan dan sukakan seseorang tu. Macam mana boleh suka? Suka datang dari mata.

Bila orang yang kita sayang jarang mengungkapkan kata-kata sayang dan rindu, tak bermakna orang tu tak sayang dan rindu pada kita. Cuma, mungkin diorang tak reti nak mengungkapkan dengan kata-kata tapi lebih selesa meluahkan dengan perbuatan. Kadang-kadang kita nampak, cara pandangan dia lain, cara layanan lain. Lain macam mana? Lain daripada pandangan atau layanan yang kita pernah lihat dari seorang teman biasa. Kalau orang tu tak sayangkan kita, baik dia buat macam biasa jer. Tak payah nak buat special2. Kan. 

Perasaan cinta dan sayang tu ada dalam hati. So, untuk memahami dan merasakan perasaan cinta dan sayang tu, kita kenalah melihat dengan mata hati juga supaya boleh tembus ke hati dia. Kenapa nak guna mata hati? Sebab, mata kasar kita mungkin tak mampu nak nampak perasaan cinta yg halus tu. 

So, bila kita sayangkan seseorang, cubalah sayangkan dia seikhlas hati kita. Sebabnya, mata hati cuma mampu lihat perasaan cinta dan sayang yang wujud dengan keikhlasan. :)


p/s : I love you








SONG OF THE NIGHT ;)



"Kerna ku milikmu
Moga yang Esa tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati 
Kerna tak terdaya 
Hidup tanpamu 
Bak pungguk rindukan bulan
Hidup ku kan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati"


p/s : I love you
 

Tuesday, 16 July 2013

SHARING IS CARING :)

Just wanna share some tips. Untuk hilangkan or kurangkan perasaan marah. ;)

1 . Mengucapkan 'أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
    
"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam" (HR Bukhari dan Muslim)


2 . Jika dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk. Jika dalam keadaan duduk, hendaklah baring.

"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (HR Ahmad & Abu Daud)

3 . Berdiam diri

"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

4 . Berwuduk

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk" (HR Ahmad & Abu Daud)



Harap-harap lepas ni, boleh la kita sama-sama cuba untuk kurangkan perasaan marah tu ok? ;)
Banyak kelebihan untuk kita yang mampu kawal perasaan marah tu. Banyak jugak keburukan kalau kita sentiasa nak melampiaskan perasaan marah sebab marah tu kan datang daripada syaitan. Kalau kita tengah marah, mulalah datang bisikan-bisikan syaitan yang jahat-jahat tu. Yalah, kalau dah bisikan syaitan, mana ada yang baik kan? Nanti ade la sesiapa atau apa-apa yang menjadi mangsa kemarahan kita. Kan dah buruk kesannya tu. So, kita sama-sama lah ea. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Teringat ayat cikgu BM masa sekolah dulu. Hehe. Takde kena mengena. ;)


"Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan". (HR Abu Daud)

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melakukannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

 




  

 

WESTLIFE-UNBREAKABLE


01 . Swear it again
02 . If I let you go
03 . Flying without wings
04 . I have a dream
05 . Fool again
06 . Against all odds
07 . My love
08 . I lay my love on you
09 . What makes a man
10 . Uptown girl
11 . Queen of my heart
12 . World of our own
13 . Bop bop baby
14 . When you're looking like that
15 . Unbreakable
16 . Written in the stars
17 . How does it feel
18 . Tonight
19 . Love takes two
20 . Miss you nights

 Another westlife's

p/s : I love you

Monday, 15 July 2013

WESTLIFE ARE SO AWESOME!!!



Because they are so awesome and their songs are so sweet. Westlife makes me fall in love every time I hear their songs. :)

01 . Swear it again
02 . If I let you go
03 . Flying without wings
04 . Fool again
05 . No no
06 . I don't wanna fight
07 . Change the world
08 . Moments
09 . Seasons in the sun
10 . I need you
11 . Miss you 
12 . More than words
13 . Open your heart
14 . Try again
15 . What I want is what I've got
16 . We are one
17 . Can't lose what you never had

#awak jgn jealous taw

p/s : I love you

SINGKAT TAPI BERMAKNA

"Walaupun kita jumpa dalam waktu yang singkat, kita cuba buat dia 1 kenangan yang bermakna. "

Rasa macam selalu dengar ayat ni. Kalau tak exactly pun, maksud dia akan lebih kurang macam ni jugak. Awak selalu cakap macam ni kat saya setiap kali kita jumpa. ;)

Bila fikir-fikir balik, betul juga ape yang awak cakap tu. Bukan untuk kita jer. Tapi jugak untuk setiap apa yang kita buat dalam hidup kita. Walaupun sesuatu tu kita buat dalam masa yang singkat, biarlah ia memberi kesan dalam hidup kita.  :)

#14072013

Mengatuk  + mengantuk + mengantuk

Arghh.... mengantuknya!!!

Weekend yang agak mencabar. Dengan demam nya, selesema lagi. Nasib baik lah antibodi nie kuat. Tu pun dah bersin macam nak gila dah. Sabtu yang membosankan kat Shah Alam ni buat aku lari balik PD. Sampai PD, tempat pertama yang aku cari dan tuju, Pantai Tanjung Gemuk. Pantai yang tenang, aman, damai, bagi aku ketenangan, kedamaian, rasa hilang semua masalah walaupun sekadar duduk dalam kereta jer. Tenang.

Pukul 2 setengah keluar dari Shah Alam, pukul 7 baru sampai rumah. Lepak2. Nasib baik lah abah nie bijak memasak. Sempat la siap masak macam-macam bila tahu yang anak-anaknya nak balik.

Sumpah mengantuk gilaaaa!!! Tak larat nak sambung lagi. Esok jer la ea sambung berceloteh lagi...hehehe

Goodnight

p/s : I love you

Friday, 12 July 2013


Kawan a.k.a housemate a.k.a roomate a.k.a bff a.k.a soul mate dedicated this song to me. Rasa macam lawak pun ada. Rasa nak gelak pun ada. Hahahaha... :D

...YANG TERAKHIR

Awak, mungkin awak bukan yang pertama yang buat saya rasa bahagia. Tapi, insyaAllah, saya akan jadikan awak cinta hati saya yang terakhir. Walaupun saya dah pernah miliki rasa bahagia sebelum kewujudan awak dalam hidup saya, tapi saya tak pernah miliki kebahagiaan yang sama macam apa yang awak dah bagi saya rasa. You make me happy in your own way. Tak sama macam orang lain. Sebab tu bila awak cakap yang awak bukan orang pertama yang buat saya bahagia macam sekarang, saya cakap, ada yang betul dan ada yang tak berapa nak betul. ;)

Saya sayangkan awak. Saya nak awak tahu yang saya bahagia sangat-sangat dengan awak. Apa yang pernah berlaku dalam hidup saya dan masa silam saya, segalanya adalah sejarah yang menjadikan saya seperti mana yang awak tengok saya hari ni. Saya harap awak boleh terima smuanya tanpa mempertikaikan perasaan saya pada awak. Segala yang dah berlalu telah saya tinggalkan dan sekarang, masa depan saya ada saya, awak, kita. Saya nak awak ingat tu. Kebahagiaan saya ada pada awak sekarang ni. Hati saya ada dalam hati awak. Saya harap awak akan jaga hati saya elok-elok.


p/s : I love you

Thursday, 11 July 2013

#11072013

Missing you
In this lonely heart
There's only you
You are the one

Every moment
That we had spent together
Is the precious moment ever

When I did realize
That this heart is in need of you
All I know
I just want you to be here for me

Whatever it takes
We'll go through it
Together
You and me
We'll never give up

It's the power of our love
That will break all the walls before us

p/s : You know that I love u so much . Yes, it's you . :)

BILA HATI DAH SAYANG

Dulu saya malas layan awk. Saya tak nak jumpa awak. Saya selalu bagi macam-macam alasan kat awak. Tapi sekarang ni, bila hati saya dah kata yang saya sayangkan awak, saya mula rasa yang sy perlukan awak. Saya selalu rindukan awak. Saya selalu rindu masa-masa kita bersama.

I admit, things that happened before was my fault. I was the one who supposed to be blamed. And now, I serves my right when in turn, I am the one who missed you like hell. Every moment that we had spent together is a very precious moment for me to remember. Every single thing that I do in my life, there will always be you coming to my mind.

Mungkin kita sendiri tak pernah sangka dan jangka yang keadaan akan jadi macam ni. NEVER. EVER. Tapi sekarang, kita dah ada dalam keadaan ni. Kita tak pernah mintak untuk jadi macam ni. Tapi, ini takdir kita. Kita kena terima. Saya sendiri tak pernah terfikir yang hati saya akan terbuka untuk awak. TAK PERNAH. Tapi sekarang, hati saya cuma ada awak. Sekarang, saya selalu perlukan awak. Saya selalu rindukan awak. Bila hati saya dah mula sayangkan awak dan saya rasa yang awak pun sayangkan saya, saya harap sangat-sangat yang kita akan happy sampai bila-bila. Bukan kita dua jer taw. Termasuklah sekali orang-orang sekeliling kita and orang-orang yang kita sayang. Saya nak semuanya happy-happy selalu.  

Dah banyaklah pulak tulis malam ni. Rasa macam tak nak stop jer. Sebab saya rindu awak sangat-sangat. Saya rasa macam nak tulis segala-galanya tentang awak. Tentang kita. ;)

p/s : I miss you like crazy


Wednesday, 10 July 2013




I'm shining like a candle in the dark 
When you tell me that love me

#10072013

Hati manusia ni bukan machine. Hati kita tak boleh dipaksa. Bila kita tak suka kat someone, buat macam mana pun, tetap tak suka. Tapi bila Allah nak terbalikkan hati kita, orang yg kita tak suka tu yang akan kita sayang setengah mati. Kalau hati rindu kat someone, paksalah macam mana pun untuk buang rasa rindu tu, ia tetap takkan hilang selagi kita tak dapatkan penawar rindu tu.

Hati ni complicated. Bila mula timbul rasa sayang dalam hati, bahagia terasa ketika bersama, sedih nak berpisah walaupun sekejap, rasa takut untuk kehilangan. That's what happen when there is love between 2 persons.

Bila cinta dan sayang menguasai diri dan hati, usia hanyalah angka yang tak memberi kesan apa-apa pun. Biar berbeza sampai 20 tahun sekalipun, bila hati dah sayang, itu bukan lagi masalah. Usia tak menjanjikan kematangan seseorang dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting, penerimaan dua insan yang berbeza terhadap kelebihan dan kekurangan masing-masing.

#iloveyousomuch

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaraq