Tuesday, 30 July 2013

SAYANG ATAU CINTA?

Sayang and cinta. Apa bezanya? Bukan sama je ke? Macam sama je. Sama kot. Entah laa. Tak sama kot. *confused*

Sayang tu, bila kita kenal seseorang dan kita rasa kehadiran dia memberi kesan dalam hidup kita. Tak kiralah sebagai kawan ke, kenalan ke, sedara ke, adik beradik ke. Bila kita ambil berat tentang apa yang terjadi pada dia, itu sayang. Cuma, sayang tu ade beberapa jenis lah. Sayang sebagai kawan, sayang sebagai saudara, adik beradik and so on. :)

Kalau cinta, itu adalah perasaan yang membuatkan kita jadi sayang, rindu, sanggup buat apa sahaja yang kita mampu untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang kita cinta. Cinta itu perasaan untuk seseorang yang bergelar kekasih. Yang terletak di sudut yang teristimewa dalam hati kita.

Dalam cinta itu ada sayang tetapi dalam sayang tak semestinya ada cinta. Untuk orang yang kita cinta, kita akan sanggup buat segala-galanya. Kalau boleh nak capai bulan dan bintang kat langit tu, confirm bulan dah takde dah kat langit tu malam-malam. Kenapa? Sebab akan ada seseorang yang dah ambil bulan tu bagi pada kekasih dia. Bulan kan ada 1 jer. Siapa orang tu? Bulan kata, "First come, first serve." Hehehe. ;)

Tak kira lah apa sekalipun, saya cuma nak awak tahu, saya sayangkan awak dan saya cintakan awak. Awak seorang jer yang ada dalam hati saya sekarang ni. Awak ada di sudut yang teristimewa kat sini. Hanya awak selamanya. Sampai bila-bila pun. InsyaAllah. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Untuk bahagiakan awak, selagi saya berkemampuan. 



p/s : I love you

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.