Just wanna share some tips. Untuk hilangkan or kurangkan perasaan marah. ;)
1 . Mengucapkan 'أعوذ بالله من الشيطان الرجيم'
"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut
diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya
iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam"
(HR Bukhari dan Muslim)
2 . Jika dalam keadaan berdiri, hendaklah duduk. Jika dalam keadaan duduk, hendaklah baring.
"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia
duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring
secara mengiring" (HR Ahmad & Abu Daud)
3 . Berdiam diri
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
4 . Berwuduk
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta
daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia
berwuduk" (HR Ahmad & Abu Daud)
Harap-harap lepas ni, boleh la kita sama-sama cuba untuk kurangkan perasaan marah tu ok? ;)
Banyak kelebihan untuk kita yang mampu kawal perasaan marah tu. Banyak jugak keburukan kalau kita sentiasa nak melampiaskan perasaan marah sebab marah tu kan datang daripada syaitan. Kalau kita tengah marah, mulalah datang bisikan-bisikan syaitan yang jahat-jahat tu. Yalah, kalau dah bisikan syaitan, mana ada yang baik kan? Nanti ade la sesiapa atau apa-apa yang menjadi mangsa kemarahan kita. Kan dah buruk kesannya tu. So, kita sama-sama lah ea. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Teringat ayat cikgu BM masa sekolah dulu. Hehe. Takde kena mengena. ;)
"Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah
akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan". (HR Abu Daud)
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melakukannya, maka Allah
kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah
memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya."
(HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.