My H.E.A.R.T.S. will always be in my heart. It has been 4 years and more to count and yet, we're still friend and best friends and sisters and gossip mates and soul mates. InsyaAllah forever we will be.
Since form 4 kita dah rapat. Buat kerja gila sama-sama, buat nakal sama-sama, baik sama-sama. Tapi yang nakal tu lebih lagi la kot. Hehe. ;)
Yang paling aku tak boleh lupa waktu kita lari dari aktiviti masak-masak batch. Pergi buat aksi kat PSI. Dominos pakai meja lah, panjat tiang lah, merangkak turun tangga lah, gayut palang sambil nyanyi Negaraku lah, macam-macam. Kenangan yang paling lawak sangat. Time tu Syira je takde sebab dia kena tolong masak-masak. BWP lah katakan. Pergi Projek Kasih sama-sama kat RSK Cheng tu. Buat fenomena kat maktab, pergi zikir kat DS pakai telekung, pastu tak pasal-pasal semua orang nak ikut. ;)
Kalau HEARTS jalan sama-sama, 3 batu orang dah tau yang kita datang. Gelak ketawa tak hengat punya. HEARTS buat aku rasa lupa semua masalah. Rasa happy je selalu. Birthday prank, tikar terbakar, kena spray dengan rexona, main kejar-kejar dalam blok F. Seriously, the most memorable moment ever. SPM macam tak berapa nak SPM sangat pun. Happy-happy selalu. With the wardens, blok F mates, classmates, made our life happier. Kita memang sangat happening masa tu.
Even though sekarang ni masing-masing dah terpisah except for Syira and Razin sebab sama-sama kat UM, but we're still in touch and care for each other. Because we all know that we are going to be best friend forever and ever. Today, 18 Februari 2014, it had been 4 years and 1 day since we knew each other on the first day in MRSM TGB. Aku sayang korang semua.
To H, Hamizah, ex-classhomeroomroomkatilbangloteres mate, I'm very happy to know you. Even though kadang-kadang ada perselisihan faham, but kita akan settle semua elok-elok. Dalam class, waktu add math kat PSI, kita selalu main surat-surat. Ingat tak? Sweet sangat masa tu. Zaman muda-muda dulu. Haha. Sekarang dah tak main surat-surat dah. Main whatsapp wechat je. Sampai merajuk-merajuk kalau aku tak reply text kau.
E, Elia, kau dah jauh kat Sydney sana. Please take a good care my sayang. Don't get naughty there or else I will hug you so tight that you can't even breath. Dulu-dulu selalu je gosip-gosip sama-sama. Buat nakal sama-sama. Hari Sabtu orang pergi class study, kita pergi class makan nasi goreng ayam and sosej and telur. Haha. :D
A, Alia, jangan simpan barang-barang HEARTS dalam loteng lagi tau. Kitorang tak lupa kau lah, cuma kadang-kadang kita sama-sama busy. Kan? Dah lama sangat tak jumpa kau. Macam mana kau sekarang eh? Dah gemuk ke, kurus ke, tinggi ke, pendek ke. Really miss u Seppyy. Hahaha
R, Razin, kau gila. Hahaha. Tu je aku nak cakap. Sebab kau takde perasaan, nanti kau tak faham apa aku cakap. Kidding. Hahahahaha. Kau selalu jadi penasihat bila aku ada masalah. Thanks kawan. Ingat tak masa birthday kau, tikar terbakar. Kesian tuan dia. Nasib baik tuan dia baik. Kalau tak, habislah kita. ;)
S, Syira, BWP yang rasa bersalah sebab kawan dengan budak-budak nakal. Ponteng fardhu ain pastu kena lari dalam blok. Memang best sangat-sangat. Turun lah jugak 10kg lpas lari-lari tu. Syira yang sangat humble walaupun pandai gilos. Selalu gelabah tak tentu pasal. Tak habis-habis dengan doraemon dia. Hehehe. Sayang kau.
HEARTS : Through thick and thin kita dah lalui sama-sama, school life yang happening and now masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Hope that our friendship will lasts forever and ever. May everything goes well for each and everyone of us. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk terus bersahabat till Jannah. InsyaAllah. Sayang korang-korang semua. Best buddies I've ever had. :*