Tuesday, 30 July 2013

#30072013

Hidup ni ada macam-macam benda yang boleh jadi. Ada yang kita rancang, ada yang kita tak rancang, ada yang kita mampu jangka, ada yang kita tak mampu nak jangka. Contohnya, baru lepas berbual dengan kawan kat telefon, tak berapa lama lepas tu dia minta tolong pergi balai polis. Urgent katanya. Rupa-rupanya, dia baru lepas kena samun. Tengok muka dia nak menangis pun ada. Mana taknya, nak raya kott. Kesian dia.

       Ujian hidup. Bila jadi kat orang lain, senang la kita bagi dia nasihat tapi bila diri kita yang diuji, terkedu, terkesima, semua ada laa. Seboleh-bolehnya kita cuba untuk jadi kuat. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, sekurang-kurangnya kita cuba jd kuat untuk orang yang kita sayang cuma kadang-kadang, emosi terganggu, fikiran negatif mula datang menjengah, masa tu lah hati yang selama ini kuat menjadi rapuh. Serapuh daun maple. Air mata yang kita cuba pendam, akhirnya terlepas. Kekuatan yang selama ini kukuh tersemat dalam diri, lama-kelamaan semakin pudar. Tembok kesabaran semakin nipis.

        Bukan kita yang minta jadi benda-benda macam ni. Tak pernah terjangka pula ini yang akan berlaku seumur hidup ini. Namun, apakan daya, rancangan Allah itu Maha hebat. Dia selalu tahu apa yang terbaik. Untuk mencapai apa yang kita nakkan, Dia takkan bagi semudah macam tu sahaja melainkan dengan usaha, doa dan tawakkal. So, kalau nak sesuatu benda, kenalah hadapi segala rintangan yang menanti. Allah takkan menguji seseorang melainkan dengan kemampuan hambaNya. 

        Semoga kita bersabar dan tak mudah menyerah kalah. Kenyataan itu memang payah untuk kita terima tapi itu mungkin akan membuat kita jadi lebih kuat. Ubat untuk orang dewasa kan memang lah pahit. ;)



p/s : I love you.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.