Hati manusia, tak semudah itu boleh diduga. Kita tak pernah mampu untuk tahu apa yang ada dalam hati seseorang sehinggalah kita benar-benar tahu siapa dia, bagaimana kisah hidup dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. But, it's never that easy. Tapi yang pasti, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap hambaNya.
As a human, kita takde hak pun untuk menilai hati seseorang tu. We never have the right to judge on someone when u know nothing about them. Kita tak boleh nak cakap yang dia tu baik ke, jahat ke, ikhlas ke, tak ikhlas ke. Itu semua urusan antara dia dengan Allah. So, tak perlu lah kot rasanya kalau nak tunjuk hebat sangat nak kata orang tu macam tu ke, macam ni ke. ;)
Setiap insan yang dijadikan oleh Allah itu telah dituliskan perjalanan hidup dan takdir masing-masing. Memang kita yang merancang segalanya tapi kalau Allah kata 'tidak', sehebat mana pun kita mencuba, Allah tetap tidak akan menjadikannya. Akan tetapi, kalau Allah dah tentukan sesuatu perkara itu untuk berlaku, kita halanglah macam mana pun, tetap akan berlaku. Kadang-kadang, kita kena belajar untuk menerima takdir yang Allah dah tulis untuk kita. Setiap yang berlaku, segalanya itu datang daripada Allah. Segalanya berlaku dengan izin Allah. Bila dia berkehendakkan sesuatu, dia kata "jadi" maka jadilah benda itu. Apa yang kita lalui, tak sama dengan apa yang orang lain lalui. Apa yang kita buat, tak sama dengan apa yang orang lain buat, sebab Allah itu dah pilih kita untuk lalui apa yang kita lalui, untuk buat apa yang kita buat. Kita cuma kena terima hakikat dan redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Redha bukan maksudnya terima membuta tuli. Redha itu adalah menerima ketentuan Allah dengan sentiasa berpegang bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, hati akan jadi lebih ikhlas dengan ketentuan Allah. :)
بَدِيعُ
السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن
فَيَكُونُ
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan
segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendakan (untuk menjadikan)
sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu
menjadilah ia. (02:117)
.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.