Tadi masa kelas F7 (Financial Reporting Standard), masuk bab Published Account, belajar pasal accounting treatment untuk benda-benda yang pakej. Contoh, pakej beli produk kecantikan dapat 'facial' free. Dia pun cakap la, "nothing in this world is free except for the air that we breathe. Love is free or not?" Masing-masing cakap "no." Then dia tanya la, "can you buy love?" Semua dah tak tahu nak jawab apa.
Love, is it free or not? Kasih sayang, cinta, kebahagiaan, percuma ke semua tu? Tiada apa yang percuma dalam dunia ini. Semuanya adalah berharga. Every single thing in this world has its own price. Tak semua benda tu kita boleh beli dengan wang ringgit. Kadang-kadang duit tak menjanjikan kebahagiaan pun. Orang yang hidup sederhana tu pun boleh bahagia jugak. Malah kadang-kadang lebih bahagia daripada orang yang kaya. Kenapa macam tu? Orang yang kaya, gaya hidup mesti nak mewah. Nak jaga reputasi lah katakan. Maka itu diorang akan memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kalau tak cukup duit, mulalah hutang keliling pinggang. Loan sana, loan sini. Last-last hutang bertimbun, sampai mati tak mampu nak bayar. Kalau orang yang bersederhana pulak, dia sedar yang dia tak mampu maka tak perlu nak ikut kehendak hati sangat. Hidup bersederhana dengan apa yang termampu. Senang. Tak payah nak sakit kepala fikirkan hutang yang banyak.
As for love, tak perlukan wang ringgit pun untuk beli cinta dan kasih sayang. Dengan hanya berbekalkan hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah cinta dan rasa sayang itu milik kita. Unless u're a materialistic enough, of course u will say that love will always be for sale. Segalanya bergantung kepada falsafah hidup seseorang. As for me, kalau dah ditentukan Allah yang cinta itu milik kita, Dia pasti akan hadirkan perasaan itu dalam hati kita. Rezeki kita Allah yang tentukan. Wang ringgit tak layak untuk dijadikan pengukur cinta, kasih sayang dan kebahagiaan. All you need is a clean and nice heart to be happy.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.